
Laporan/foto: Rozer Masudin (Merlimau)
JOHOR BAHRU, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) kini sedang rancak memberikan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kepada orang ramai terutamanya kepada para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut Ketua Jabatan JHEP PMM Mohd Hoirie Abdul Manah, Karnival Jom Masuk IPT 2020 Zon Selatan yang giat dijalankan ini bertujuan memberi panduan yang jelas mengenai peluang-peluang yang tersedia bagi lepasan SPM.
“Antara objektif utama PMM menyertai karnival ini ialah untuk mencapai kemasukan pelajar baharu ke PMM yang tinggi bagi sesi Jun 2020 dan kita berharap agar angka ini akan naik bagi membantu Politeknik Malaysia mencapai peningkatan kemasukan pelajar.
“Program ini amat bermanfaat dan merupakan peluang keemasan kepada pihak PMM dalam menarik para lepasan SPM dan ibu bapa untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik secara umumnya,” ujarnya ketika ditemui pemberita.
Karnival Jom Masuk IPT 2020 Zon Selatan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, di sini baru-baru ini.
-SH