Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Masyarakat Digesa Bantu Kerajaan Banteras Dadah

By 20 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Roselyza / Ariffin (Klang)

KLANG, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Masyarakat digesa terus membantu kerajaan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata kerajaan sentiasa serius memerangi dadah kerana kesannya sangat bahaya kepada negara dan generasi akan datang.

“Masyarakat juga boleh menyumbang dalam usaha menangani isu dadah dengan penekanan di peringkat institusi kekeluargaan.

“Pengabaian ibu bapa boleh merisikokan moral dan tindakan anak-anak dengan mencari rakan sebaya, berkongsi rasa dan aktiviti tanpa mengambil kira baik dan buruk,” katanya.

Beliau berkata, kajian menunjukkan kecenderungan remaja memilih rakan sebaya paling tinggi pada umur 14 hingga 15 tahun.

“Malah konflik dengan ibu bapa paling banyak berlaku pada usia ini dan cenderung terpengaruh rakan sebaya.

Pertandingan gusti lengan

Pertandingan gusti lengan

“Mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh ibu bapa dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Daerah Klang 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah, Kapar hari ini.

Turut hadir, ADUN Sementa YB Dr Daroyah Alwi, Penolong Pegawai Pendididkan Daerah Klang, Sektor Pembangunan Murid, Rosli Ariffin dan Pengerusi Ketua-ketua Kampung Daerah Klang, Shalro Mizan Muhammad Hayon.

Antara aktiviti sempena program yang bertemakan ‘Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama’ seperti pameran oleh agensi-agensi Kerajaan seperti BOMBA, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Anti Dadah (AADK) dan KEMAS.

Turut diadakan pertandingan mewarna diatas kaca, jualan usahawan KEMAS, pertandingan gusti lengan, ping pong, golf dan memanah.

-NAZ

Tinggalkan komen anda