Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Mutiara Food Bank Bantu Golongan Memerlukan

By 18 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah/Nurul Wahida Mohd Noor (Seberang Perai Tengah)

GELUGOR, 18 Feb (Malaysiaaktif) – “Permintaan Mutiara Food Bank kini meningkat dari masa ke semasa. Oleh kerana itu, pihak kami perlu membuat penjadualan rapi supaya penghantaran dapat dilaksanakan berdasarkan permintaan,” kata Penolong Ketua Pegawai Operasi Mutiara Foodbank, Muhd Shameer Mohd Sulaiman ketika ditemui di program Mutiara Food Bank yang diadakan di sebuah pasar raya, di sini.

Mutiara Food Bank bertindak untuk mengumpulkan makanan dari sebuah pasar raya di seluruh Pulau Pinang untuk diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan, selain dapat mengelak dari berlakunya pembaziran makanan.

Pengagihan barang-barang Mutiara Foodbank sebelum diserahkan kepada penerima sumbangan.

Pengagihan barang-barang Mutiara Foodbank sebelum diserahkan kepada penerima sumbangan.

Mutiara Food Bank telah dikendalikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dan berpusat di Kompleks Masyarakat Penyayang yang diketuai Muhd. Shameer  Mohd Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai operasi bersama lapan orang kakitangannya.

Pihak pasar raya telah menetapkan lima barang keperluan yang boleh disumbangkan oleh pelanggan seperti beras, minyak, sardin, biskut dan mi segera serta barang-barang keperluan lain yang masih berkeadaan baik dan tidak rosak.

Penyerahan sumbangan Mutiara Food Bank oleh Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Lizza Imelia M. Sulanah sambil disaksikan oleh Mohd Shameer Sulaiman.

Penyerahan sumbangan Mutiara Food Bank oleh Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Lizza Imelia M. Sulanah sambil disaksikan oleh Mohd Shameer Sulaiman.

Program Khas Mutiara Food Bank bersama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah #TeamSPT diteruskan dengan proses penghantaran, pengagihan dan penyampaian barang-barang kepada golongan yang memerlukan dengan 10 keluarga telah dipilih bagi menerima sumbangan kali ini.

Edaran risalah Covid-19, mySalam, i-Suri, PeKa B40 , e-Tunai serta Pengurangan Tol 18% kepada pengunjung Tesco Extra

Edaran risalah Covid-19, mySalam, i-Suri, PeKa B40 , e-Tunai serta Pengurangan Tol 18% kepada pengunjung pasar raya.

#TeamSPT juga turut mengambil kesempatan ini untuk membuat pengedaran risalah mengenai cara-cara pencegahan wabak Covid-19 selain dari mengadakan sesi penerangan tentang inisiatif kerajaan seperti e-Tunai Rakyat, i-suri, PeKa B40 serta mySalam kepada pengunjung-pengunjung pasar raya.

-ii-

Tinggalkan komen anda