Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

IPD Klang Utara Nafi Mesej Tular

By 27 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

KLANG, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menafikan mesej tular di media sosial mengenai langkah kerajaan Selangor akan melaksanakan perintah lockdown sepenuhnya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Assisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata pihaknya menafi mengeluarkan mesej atau kenyataan tersebut.

“Ibu pejabat Polis Daerah Klang Utara telah mendapati satu mesej yang tular di daerah ini di laman facebook dan kumpulan whatsApp yang menyatakan Sultan telah bersetuju melaksanakan perintah lockdown sepenuhnya.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya pernah mengeluarkan sebarang mesej atau kenyataan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tersebar di media sosial mesej yang berbunyi “Selangor expected to fully locked down very soon coz to many cases. Apparently Sultan had given the greenlight. Stock up sufficient essentials. Message from ASP IPD Klang Utara”.

Tinggalkan komen anda