
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 29Ā Apr (Malaysiaaktif) –Ā Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan 94 kes baharu positif COVID-19 sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyakĀ 5,945.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah 94 kes baharu berkenaan 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang dariĀ Indonesia.
āManakala 55 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad ialahĀ 4,087 kes.
āDimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru,Ā jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 100 kes,ā katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata,Ā 34,113 sampel telah diambil daripada aktivitiĀ survelan merangkumi survelan klinikal iaitu Influenza Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di klinik-klinik dan hospital KKM;Ā saringanĀ bagi anggota kesihatan;Ā persampelan sebelum pembedahan kecemasan di hospital KKM; danĀ persampelan di makmal swasta.
Daripada jumlah itu,Ā 6,100 adalah sampel klinikal survelan iaitu ILI danĀ SARI, denganĀ 71 sampel disahkan positif COVID-19.
Bagi kes ILI,Ā lapan kes disahkan positifĀ daripada 1,322 sampel yang diambil manakalaĀ kes SARI membabitkanĀ 63 kes positif daripada 4,778 sampel.
Katanya, KKM juga memantau keputusan ujian COVID-19 yang dijalankan olehĀ sektor swasta, dengan ujian ini dihantar ke makmal swasta dan didapati terdapat 84 kes positif dikesan daripada 22,081 ujian yang dijalankan di makmal itu.
āAktiviti survelan ini sememangnya bertindak sebagai sistem pengesanan awal dan sistem amaran awalĀ bagi penularan COVID-19 di Malaysia.
āPihak KKM akan terus menjalankan aktiviti survelan COVID-19 di Malaysia walaupun selepas PKP ditamatkan, denganĀ aktiviti ini akan terus dimantapkan lagi termasuk di sektor swasta dan melibatkan pelbagai zon,ā katanya lagi.
— BERNAMA