
Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Hanafi Sariman (Seberang Perai Utara)
KEPALA BATAS, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara hari ini menerima sumbangan Kebuk Disinfeksi (Disinfection Chamber) daripada HK Puncak Megah Sdn Bhd yang prihatin dengan keselamatan dan kesihatan anggota polis, tentera dan RELA yang kini bertugas di lapangan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata, ini merupakan salah satu langkah pencegahan yang diambil bagi memastikan kesihatan dan keselamatan anggota polis serta barisan hadapan yang lain terjamin semasa mereka keluar menjalankan tugas.

Sumbangan Kebuk Disinfeksi (Disinfection Chamber) daripada HK Puncak Megah Sdn Bhd yang prihatin dengan keselamatan dan kesihatan anggota polis, tentera dan RELA.
“Setiap anggota yang selesai bertugas di lapangan harus melalui proses saringan ini terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang,” ujar beliau.
Noorzainy juga memaklumkan bahawa sehingga 13 April 2020, sebanyak 199 tangkapan telah dibuat atas kesalahan ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan 93 kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan yang sama. Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak 143 kes telah dituduh di mahkamah.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan PKP dan menasihatkan ibu bapa memantau anak-anak masing-masing supaya sentiasa berada di rumah dan mematuhi arahan yang keluarkan oleh kerajaan.
-ii-