Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Politeknik METrO Johor Bahru Selesai Hantar Pelajar Pulang

By 30 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Politeknik METrO (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) selesai menghantar pulang para pelajar yang terkandas sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac yang lalu.

Menurut urusetia operasi PMJB Mohd Yusof Tawang, para pelajar yang terkandas ini dihantar pulang secara berperingkat mengikut zon iaitu zon selatan, zon tengah dan zon timur.

“Kesemua pelajar yang terlibat diberi taklimat prosedur kawalan keselamatan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti pemakaian penutup mulut dan hidung serta penjarakan sosial.

Tiada apa yang lebih menggembirakan selain perasaan berada di samping keluarga tersayang - Muhammad Fareedzwan Anuar

Tiada apa yang lebih menggembirakan selain perasaan berada di samping keluarga tersayang – Muhammad Fareedzwan Anuar

“Suhu badan pelajar turut diambil dan semua beg serta bagasi turut menjalani proses sanitasi mengikut tatacara pengendalian piawai yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataanyang dikeluarkan, semalam.

Pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam, Muhammad Fareedzwan Anuar, 19, berkata beliau berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan dan Politeknik METrO Johor Bahru kerana membenarkan pelajar pulang ke rumah masing-masing dan menguruskan operasi penghantaran pulang pelajar ke pangkuan keluarga dengan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya berasa sungguh gembira dan berterima masih di atas keprihatinan pihak PMJB yang telah menghulurkan bantuan sepanjang kami terkandas di rumah sewa sehinggalah dihantar pulang ke rumah masing-masing.

“Pada saat ini, tiada apa yang lebih menggembirakan selain berada di samping keluarga tersayang,” ujarnya.

-NI-

Tinggalkan komen anda