Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Fenomena “SeoulMabok” Keladi Bunting Ungu Terkawal

By 10 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Fenomena kewujudan keladi bunting ungu yang menjadi perhatian orang ramai sehingga diberi gelaran “SeoulMabok” (Semabok, Melaka) oleh sesetengah masyarakat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru – baru ini semakin hangat diperkatakan.

Kawasan takungan banjir ini mula dikenali sebagai lokasi memancing oleh penduduk setempat namun menjadi tular disebabkan keindahan keladi bunting ungu yang tumbuh melata di kawasan tersebut.WhatsApp Image 2020-06-09 at 09.38.19

Hal ini membuatkan pihak berkuasa tempatan bersama dengan pelbagai agensi mula memainkan peranan dengan mengawal ketat kawasan tersebut kerana kebanyakan yang hadir adalah untuk bergambar dan tidak mengamalkan penjarakan sosial yang boleh membawa kepada penularan wabak COVID-19 ini.

Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Melaka, Mohd Yazid Abdullah yang bertugas menjaga kawasan tersebut berkata kerajaan negeri Melaka telah mula mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap sesiapa yang  hadir bergambar atau mengunjungi kawasan ini.

“Kesan dari kompaun yang dikenakan tersebut membuatkan orang ramai menghindari kawasan ini dan menjadi lengang namun bermula 6.30 petang kelihatan sesetengah penduduk setempat mula memperlahankan kenderaan bagi mengambil gambar melalui kenderaan mereka apabila pulang dari bekerja.

Boleh dikatakan juga bahawa kelihatan beberapa penduduk setempat mula melakukan aktiviti riadah seperti berjoging di kawasan ini malah sempat juga bergambar tetapi pihak kami terpaksa menghalang mereka daripada mendekati kawasan ini selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” tambahnya.

Tinjauan dikawasan ini juga mendapati bahawa kebanyakan keladi bunting ungu yang tumbuh melata ini mula dipotong dan dibersihkan oleh pihak yang terlibat bagi menjaga ekosistem di kawasan tersebut.

-KN

Tinggalkan komen anda