Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Geng Bob Kundang Tumpas

By 5 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Polis berjaya menumpaskan ahli kumpulan yang aktif pecah masuk kedai hardware sejak dua bulan lalu dengan tangkapan lima lelaki di dua lokasi berasingan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya sebelum ini menerima dua laporan polis pada 1 April dan 4 April menggunakan modus operandi sama termasuk melarikan peralatan kedai dan lori di Kundang dan Sungai Choh.

“Hasil risikan berjaya menemukan suspek pertama dikenali Bob Kundang yang merupakan dalang utama bersama tiga suspek lain, dua daripadanya adalah warga asing.

“Soal siasat seterusnya yang dijalankan pada hari sama berjaya menahan seorang lagi suspek di Sungai Buloh,” katanya semasa sidang media di Balai Polis Rawang, hari ini.

Katanya, tangkapan tersebut berjaya menyelesaikan kehilangan dua lori beserta barang rampasan termasuk merampas sebuah kereta Toyota Hilux yang digunakan suspek untuk jenayah pertama dan kedua.
“Polis turut menemukan tiga paket lutsinar dipercayai dadah jenis syabu serta heroin dan sebuah kereta Toyota Camry yang dipercayai klon.

“Semua suspek berumur antara 38 hingga 49 tahun positif dadah methamphetamin dan salah seorang mempunyai enam rekod jenayah lampau direman empat hari sehingga Ahad ini, siasatan di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda