Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pihak Sekolah Diberi Kebenaran Tambah Baik SOP

By 26 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Pihak sekolah diberi kebenaran untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP)  bergantung kepada persekitaran dan keperluan sekolah dari semasa ke semasa.

Timbalan Menteri Pendidikan Muslimin Yahaya berkata, kementerian memberi peluang kepada sekolah untuk menambah baik SOP dan tidak semestinya hanya berlandaskan garis panduan yang sedia ada.

“Sebelum ini ketika bangunkan SOP pembukaan sekolah berdasarkan simulasi dan bukanya berdasarkan pengalaman.

“Tempoh dua hari ini adalah tempoh praktikal untuk kita melihat keadaan sebenar dan garis panduan (SOP) yang dikeluarkan, dianggap sebagai teori sahaja,” katanya kepada Bernama ketika melakukan lawatan kerja di Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, di Perlis semalam.

Muslimin berkata, beliau berpuas hati dengan pematuhan SOP pembukaan sekolah di Perlis, berdasarkan lawatan di beberapa buah sekolah di negeri ini.

“Dari segi keselamatan pelajar, saya melihat sekolah sangat komited dan saya yakin apa yang dilakukan oleh pihak sekolah yang dipantau oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN),” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain Muslimin berkata, pihaknya akan berusaha sedaya upaya meneruskan projek pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Chabang, yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu.

“Umum tahu itu projek yang sangat sakit (Sekolah Sukan Malaysia Perlis), dua kali lantikan kontraktor dan dua-duanya tidak berjaya dilaksana dengan sempurna, apabila hanya 4.85 peratus siap daripada keseluruhan projek,” katanya ketika mengulas mengenai pembinaan projek sekolah sukan tersebut yang telah terbengkalai.

Sebelum ini media melaporkan projek berkenaan yang menelan belanja kira-kira RM140 juta, sepatutnya siap pada Februari tahun ini.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan projek tersebut dengan tender semula dan akan memilih kontraktor yang bertaraf empat bintang ke atas. Penarafaran tersebut bukan datang daripada kita (KPM), tetapi daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),” katanya.

Beliau berkata, harapan KPM adalah untuk melihat sekolah itu dibangunkan, khususnya untuk orang Perlis.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda