Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

14 Tabika Perpaduan di PD Mula Dibuka Hari Ini

By 2 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd. Shahril Alias (Port Dickson)/Pejabat Perpaduan Port Dickson

PORT DICKSON, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 14 Tabika Perpaduan di Port Dickson (PD) mula dibuka hari ini dengan mematuhi amalan Norma Baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah, Amin Nudin Ahmad pada hari ini kanak-kanak Tabika Perpaduan telah hadir dengan begitu gembira kerana dapat memulakan sesi persekolahan.

“Kaedah penggiliran murid yang hadir ditetapkan mengikut kapasiti keluasan ruang pembelajaran dan penggiliran kehadiran murid ditetapkan mengikut kumpulan umur empat dan lima tahun dalam satu kumpulan manakala enam tahun satu kumpulan pada hari yang berlainan.

“Dalam situasi begini, guru-guru sangat menitikberatkan SOP dengan memeriksa suhu setiap murid yang hadir serta memastikan mereka patuhi amalan penjarakkan satu meter. Walaupun difikirkan agak sukar pada awalnya, namun murid-murid ini patuh dan berjaya dengan amalan norma baharu ini.

“Ini juga atas sokongan ibu bapa di mana sebelum tabika dibuka, kaji selidik serta perbincangan dengan ibu bapa mengenai prosedur tabika telah dilaksanakan,” katanya sempena lawatannya ke Tabika Perpaduan, di sini hari ini.

-SH

Tinggalkan komen anda