Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Di Sebalik Nasihat yang Tular

By 6 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Iswadi/FB Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Nama-nama yang tular akhirnya diketahui apabila mereka hadir atas jemputan Ketua Menteri Melaka semasa Majlis Amanat Ketua Menteri Melaka yang berlangsung di MITC Ayer Keroh, baru-baru ini.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali, beliau gembira apabila dapat bersua dengan ‘Nenek Sapiah’ yang juga pemilik suara yang nasihatnya mengenai COVID-19 menyatukan rakyat Negeri Melaka.

Nenek Sapiah atau nama sebenar Kamsiah Jantan 70, bersama-sama nama-nama yang disebutkan dalam rakaman suara yang tular semasa PKP tempoh hari, iaitu Mohammad Shaari Mohd Salleh (Dak Ayu) 35, Mohammad Shafiq Mohd Don (Dak Sapik) 28, dan Hasnah Mohamad (Dak Senah) 67, turut disebutkan dalam ucapan Ketua Menteri semasa merasmikan Majlis Amanat Ketua Menteri Melaka di MITC,Melaka.

Nenek Sapiah berkata, rakaman suara tersebut dirakam melalui nota suara menerusi aplikasi Whatsapp dengan niat mengingatkan cucunya Dak Sapik supaya tidak membeli sate di Kampung Sungai Putat, susulan kes positif COVID-19 direkodkan di kawasan terbabit semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

“Saya memang tidak sangka rakaman tersebut menjadi tular, yang merakamnya cucu saya menggunakan telefon bimbit dan tiba-tiba tersebar,” katanya.

Dalam ucapan Ketua Menteri Melaka, beliau menyatakan ‘Nek Piyah’ tidak perlu bimbang lagi kerana Melaka adalah antara tiga negeri tertinggi di Malaysia dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Langkah prosedur operasi standard (SOP) tetap kita jaga selagi masih dalam PKPP” ujarnya.

-KN

Tinggalkan komen anda