Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tanjung Piai Kembali Bernyawa

By 6 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Musliha Yusof (Johor Bahru)

PONTIAN, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Industri pelancongan negara yang sepi dan suram sejak penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia kembali bernyawa.

Menurut petugas Taman Negara Tanjung Piai Abu Salleh Abu Bakar, tempat pelancongan ini telah mula dibuka semula kepada orang ramai sejak tiga minggu yang lalu dalam usaha merancakkan kembali ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19.

“Taman Negara ini mula dibuka kepada orang awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sambutan yang diterima daripada para pengunjung di sini amat menggalakkan - Abu Salleh Abu Bakar

Sambutan yang diterima daripada para pengunjung di sini amat menggalakkan – Abu Salleh Abu Bakar

‚ÄúKeindahan pokok bakau yang subur menghijau di sini pasti menggamit perasaan damai di kalangan para pengunjung ¬†yang datang ke sini,‚ÄĚ katanya lagi ketika ditemui di Taman Negara Tanjung Piai, di sini, semalam.

Salleh memaklumkan, pengunjung yang datang ke sini perlu menjalani saringan suhu terlebih dahulu dan mengamalkan norma baharu seperti penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan.

“Taman Negara Tanjung Piai mula dibuka pada 15 Jun yang lepas dan sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan.

Masrina Jalil memilih untuk melancong di dalam negeri.

Masrina Jalil memilih untuk melancong di dalam negeri.

‚ÄúJika dilihat yang datang berkunjung ke sini¬†majoriti merupakan¬†penduduk tempatan dan warga asing yang menetap di sekitar kawasan ini,” ujarnya.

Seorang pengunjung yang ditemui, Masrina Jalil, 47, bersyukur kerana rakyat Malaysia mampu melawan COVID-19 dan berasa kagum dengan semangat dan usaha para petugas barisan hadapan dalam memutuskan rantaian wabak ini.

“Minggu lepas kami telah berkunjung ke Muar dan kali ini kami memilih Taman Negara Tanjung Piai sebagai destinasi percutian kerana sejak PKPP dilaksanakan, saya masih belum mempunyai keberanian untuk merentas Negeri lagi, cukuplah sekadar bercuti di dalam negeri dahulu.

“Walaupun kita telah dibenarkan untuk melakukan aktiviti riadah, namun saya sering mengingatkan diri sendiri dan ahli keluarga agar sentiasa mengamalkan norma baharu seperti saranan Kerajaan dan KKM,” ujarnya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda