Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

JaPen Seremban Edar Bendera Rumah ke Rumah

By 27 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)/Mohd. Khairulnizam Mohd. Yunus (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Dalam usaha menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang, Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Seremban turun padang mengedarkan bendera dari rumah ke rumah.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seremban, Fauziah Abdullah, 36, inisiatif mengedarkan bendera dari rumah ke rumah yang dijalankan melalui Program Info on Wheels (IoW) Merdeka di Kampung Bemban Seremban semalam mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.

“Kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang perlu ada dalam diri rakyat tanpa mengira masa, malah tindakan itu seharusnya lebih meriah dengan ketibaan Bulan Kebangsaan yang akan tiba beberapa hari lagi.

“Usaha kami ini adalah untuk mengukuhkan semangat patriotisme rakyat Malaysia selain menanam semangat perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” ujarnya.

Rahmat (tiga dari kanan) terharu menerima kunjungan Khairy (tiga dari kanan) yang turut memasang bendera di kediamannya di Kampung Bemban, di sini semalam.

Rahmat (tiga dari kanan) terharu menerima kunjungan Khairy (empat dari kanan) yang turut memasang bendera di kediamannya di Kampung Bemban, di sini semalam.

Beliau menjelaskan, semangat patriotisme tidak hanya dizahirkan melalui kibaran bendera, tetapi pelbagai cara dan bentuk boleh dilakukan.

“Benar semangat patriotisme dan cintakan negara bukanlah sekadar mengibarkan bendera semata-mata tetapi inilah sekecil-kecil petunjuk taat setia dan bukti kecintaan dan kehormatan kita kepada ibu pertiwi tercinta,” ujarnya lagi.

Bagi penduduk kampung Rahmat Hassan, 52, dirinya amat terharu kerana JaPen sanggup turun padang dan membuat edaran bendera di kediaman beliau.

“Sudah menjadi kelaziman saya akan memasang bendera pada setiap tahun menjelang Hari Kebangsaan, namun disebabkan kekangan masa saya masih belum sempat membeli bendera. Terima kasih diucapkan kepada JaPen atas pemberian bendera ini,” katanya.

Terdahulu seramai 31 keluarga yang ditimpa bencana banjir baru-baru ini di sini telah menerima sumbangan barangan daripada Program Inspirasi Musaadah YaPEIM COVID-19.

Hadir sama Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Pengarah JaPen Negeri Sembilan Shahnon Mohamad.

-SH

Tinggalkan komen anda