Skip to main content
Berita TimurTerengganu

PKP Mengajar Kita Erti Kebebasan

By 29 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini serta tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang kita alami sekarang telah banyak mengajar kita mengenal erti kebebasan sebenar.

Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata sepanjang tempoh ini, rakyat seumpama telah dijajah dan dikawal oleh satu kuasa lain sehingga tidak boleh bebas seperti sebelum ini.

Tetamu jemputan mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Tetamu jemputan mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

“Pandemik COVID-19 yang menghalang kebebasan kita memerlukan kerjasama seluruh lapisan masyarakat agar kita berjaya memenangi `peperangan’ ini dan seterusnya merdeka daripada pandemik maut itu.

“Kita perlu mengubah cara kita dengan norma baharu selain berdisplin serta mempunyai semangat patriotisme yang kukuh bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Beliau berkata, dalam mengekalkan dan mengisi kemerdekaan negara, pastinya kita diuji dengan pelbagai dugaan dan ancaman seperti perpecahan kaum serta anasir dari luar yang boleh menggugat keamanan negara.

Ahmad Samsuri (kiri) menyaksikan upacara perarakan Jalur Gemilang pada majlis perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

“Kepada generasi muda, teruslah mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita selain mempertahankan kedaulatan negara.

“Musuh kita sekarang bukan hanya dalam bentuk peperangan tetapi melalui tipu muslihat berbentuk peperangan minda yang banyak dipapar di media massa dan media sosial dan kemerdekaan yang dinikmati sekarang perlu diwariskan ke generasi seterusnya agar anak cucu kita juga dapat menikmati rahmat kemerdekaan kerana bangsa yang dijajah adalah bangsa yang hina dan terpinggir,” katanya.

Ahmad Samsuri melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan pada majlis perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Ahmad Samsuri melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan pada majlis perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Bagi memastikan semangat cintakan negara serta patriotisme yang tinggi, Ahmad Samsuri meminta setiap warganegara terutama rakyat Terengganu mengunakan peluang pada bulan kebangsaan ini mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan dan kediaman masing masing.

Ahmad Samsuri mengibarkan Jalur Gemilang selepas melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan pada majlis perasmian Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

-ii-

Tinggalkan komen anda