Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Tabika Dibuka, Hanya Pelajar Sihat Dibenarkan Hadir

By 2 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah Mohd Khairy/Azlizan Mohamad Razaly (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Hanya pelajar yang sihat sahaja dibenarkan untuk ke kelas.

Menurut Pegawai Perpaduan Hilir Perak dan Bagan Datuk, Loveverinus Dell Jailih, ibu bapa mestilah membawa anak mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami demam, batuk atau selesema.

“Pemeriksaan suhu badan pelajar serta had kemasukan ibu bapa yang menghantar anak mereka adalah antara langkah yang dijalankan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam.

Merujuk kepada pembukaan semula Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Perpaduan, kesemua 14 dan empat kelas masing-masing di Hilir Perak dan Bagan Datuk telah mula beroperasi sejak semalam.

“Walaubagaimanapun, disebabkan amalan penjarakan sosial satu meter, hanya 96 daripada 274 pelajar di Hilir Perak dan 30 daripada 85 orang di Bagan Datuk yang dibenarkan hadir.

“Keutamaan diberikan kepada pelajar berumur enam tahun dan sekiranya ada kekosongan barulah dibuka kepada pelajar berumur empat dan lima tahun,” katanya.

ibu bapa mestilah membawa anak mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami demam, batuk atau selesema - Loveverinus Dell.

ibu bapa mestilah membawa anak mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami demam, batuk atau selesema – Loveverinus Dell.

Sementara itu, pengurus studio tarian, Sivakumar Paranasivam, 56, menyatakan keterujaan kerana anaknya dibenarkan mengikuti sesi pembelajaran kali ini.

“Saya memang berharap Tabika ini dibuka agar anak saya beroleh pengalaman belajar sebelum memasuki darjah satu pada tahun hadapan.

“Saya berasa lega kerana pihak Tabika ini telah melakukan persiapan pengikut SOP yang ditetapkan pihak kerajaan,” kata Sivakumar ketika menghantar anaknya ke Tabika Perpaduan Dato’ Setia.

Hasil tinjauan di sini mendapati pihak tenaga pengajar telah memasang pita keselamatan serta tanda-tanda peringatan di luar dan dalam kelas bagi memastikan penjarakan selamat dipatuhi.

Para pelajar juga dikehendaki membasuh tangan serta memakai penutup hidung dan mulut selain suhu badan mereka diambil dan dicatat sebelum dibenarkan masuk ke dalam kelas.

-SH

Tinggalkan komen anda