Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Semarakkan Semangat Patriotisme Masyarakat – Sungkim

By 6 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norliza Yusof/Vicky S. Matanjang (Sabah)

TENOM, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Merdeka @Komuniti dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) mampu menyemarakkan lagi semangat patriotisme masyarakat.

Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangan, berkata semangat cinta negara perlulah sentiasa disemai supaya perpaduan antara kaum di negara ini dapat diperkukuhkan.

“Dengan adanya pelbagai program seperti Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka, Info on Wheels Merdeka (IoW MERDEKA),Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan banyak lagi program anjuran oleh Jabatan Penerangan sememangnya mampu menyuburkan lagi rasa cinta kepada negara dalam diri masyarakat.

“Kehadiran serta sokongan orang ramai dalam program pada hari ini juga sangat menggalakkan walaupun dalam keadaan suasana negara yang sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan bertungkus lumus dalam menjayakan program pada hari ini dan juga program-program lain yang mengisi sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini,” ujarnya semasa merasmikan Program Merdeka@Komuniti dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) Peringkat Daerah Tenom anjuran bersama Jabatan Penerangan dan Pejabat Daerah Tenom, di sini baru-baru ini.

Menurut Sungkim, amalan mengibarkan Jalur Gemilang seharusnya dijadikan budaya dalam kehidupan seharian sebagai tanda rasa cinta kepada negara.

“Kita tidak seharusnya menunggu adanya program sambutan bulan kebangsaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebaliknya seharusnya dengan rela hati mengibarkannya sepanjang tahun.

“Oleh itu, diharap agar semua warga Tenom untuk dapat terus mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan dan bangunan-bangunan pejabat bagi memeriahkan lagi suasana bulan kebangsaan ini,” katanya.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Jabatan Penerangan Sabah Azman Sipan dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Yuesri Ismail Yusof.

-SH

Tinggalkan komen anda