Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tiada Kes Baharu Kluster Sivagangga, Hanya Tujuh Kes Baharu Direkodkan

By 9 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 9 Ogos (Malaysiaaktif) РTiada kes baharu Kluster Sivagangga di Kedah dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu dan hanya tujuh kes baharu COVID-19  direkodkan dengan enam daripadanya merupakan kes import sementara satu lagi kes penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 170 kes manakala jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 9,070 kes.

Beliau berkata enam kes yang direkodkan hari ini telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia manakala selebihnya bukan warganegara Malaysia.

“Enam kes import dikesan di Kuala Lumpur¬†adalah dari China, Yaman¬†dan Myanmar,” katanya dalam kenyataan¬†semalam.

Selain itu, kes import turut melibatkan dari negara Jepun (Selangor), Pakistan (Sarawak) dan Mexico (Labuan), katanya.

Dr Noor Hisham berkata hanya satu kes penularan dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan di tempat kerja di Negeri Sembilan.

“Beliau¬†mempunyai sejarah bekerja di Indonesia dan telah pulang ke Malaysia pada 7 Mei lalu. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja‚Äôafar, Seremban” katanya.

Menurutnya sebanyak 47 kes telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,775 kes (96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Katanya, terdapat dua kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes.

Menyentuh mengenai Kluster Sivagangga, Dr Noor Hisham berkata seramai 4,198 orang telah disaring  dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang setakat ini.

Daripada jumlah itu, 43 kes dikesan positif manakala 3,235 negatif dan 920 masih menunggu keputusan.

“Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif ¬†diteruskan. Langkah¬†pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini,” katanya.

Katanya, situasi terkini kluster itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai.

‚Äú Masyarakat diminta untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut,‚ÄĚ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda