Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Amalkan Menyimpan Serendah RM1.00 Sehari untuk Jaminan Masa Depan Anak-anak – Jahara

By 13 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Perlis)

SIMPANG EMPAT, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Ibu bapa disarankan untuk mula menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak-anak bermula daripada kecil bagi menjamin masa hadapan untuk mendapat pendidikan pada peringkat yang lebih tinggi tanpa mengalami masalah dari segi kewangan.

Menurut Pengurus Besar Negeri Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Cawangan Perlis Siti Jahara Mohd Idris, setakat Jun 2020 sebanyak 39 000 akaun SSPN dibuka di negeri ini dengan jumlah simpanan RM28.4 juta.

“Anak kecil sudah boleh membuka akaun SSPN seawal usia satu hari. Simpanan boleh dibuat dengan hanya serendah RM1.00 sehari dan ini sudah tentu dapat memberi kemudahan kepada mereka ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Apabila anak-anak anda melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), pinjaman PTPTN dengan kadar faedah rata 1% boleh dibayar dengan wang simpanan SSPN yang telah mula disimpan sejak kecil. Anak-anak juga boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar kos pengajian di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS),” katanya pada Majlis Penutup Program [email protected] Kampung Padang Benta, di sini semalam.

PTPTN turut membuka kaunter untuk pendaftaran sempena program pada hari ini dan sekiranya orang ramai ingin maklumat lanjut boleh hubungi 04-9708181 atau terus ke Pejabat PTPTN di UTC Perlis di Kangar.

-SH

Tinggalkan komen anda