Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Senapang Angin

By 29 September 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Polis menahan dua lelaki kerana membuat dan memiliki senapang angin buatan sendiri serta peluru dalam serbuan berasingan di Penaga, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam serbuan pertama pada 12.05 tengah malam Ahad di sebuah rumah di Penaga, polis menahan seorang lelaki berumur 43 tahun selepas menerima maklumat dan risikan berhubung pemilikan senjata itu.

“Dalam serbuan itu, polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri dan bekas mengandungi peluru ball bearing serta sebuah compressor freezer, ekoran penahanan lelaki tersebut polis menyerbu sebuah lagi rumah di Sungai Petani.

“Dalam serbuan kedua pada 3.20 petang, polis menahan seorang lagi lelaki berumur 40 tahun yang juga rakan kepada suspek pertama dan merampas senapang angin buatan sendiri berserta bekas mengandungi peluru ball bearing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka menggunakan senapang angin itu untuk memburu dan mempertahankan diri namun polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada ia turut digunakan untuk kegiatan jenayah atau perbuatan lain.

Beliau berkata dua lelaki yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah itu kini direman empat hari dan kes disiasat menurut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda