
Foto: Kementerian Komunikasi dan Multimedia
PUTRAJAYA, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah meninjau persiapan Raptai Sambutan Hari Malaysia 2020 di Stadium Tertutup Sibu, malam tadi.
Hadir sama menyaksikan raptai itu ialah Menteri Utiliti Sarawak merangkap menteri bertanggungjawab Sambutan Hari Malaysia 2020 Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Raptai penuh itu menampilkan aneka persembahan, antaranya tarian ‘Regimented Dance Formation’, tayangan video simbolik perasmian serta upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.
Sambutan Hari Malaysia 2020 akan berlangsung Rabu ini akan dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, serta barisan menteri-menteri kabinet.
— BERNAMA