Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

40,000 Benih Ikan Lampan Sungai dan Teruboi Dilepaskan di Tasik Gubir

By 28 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Sazli Abu Hassan (Sik)

SIK, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 40,000 benih ikan lampan sungai dan teruboi dilepaskan di perairan Tasik Muda sebagai usaha memelihara dan mengekalkan sumber perikanan.

Menurut Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman, pelepasan benih ikan ini bertujuan menjamin kelestarian Tasik Gubir dan Hutan Ulu Muda di samping meningkatkan lagi sumber pendapatan nelayan darat.

“Selain daripada itu, ianya juga bertujuan bagi meningkatkan stok ikan dan sumber perikanan darat dalam menjamin bekalan makanan itu, sekali gus memajukan sosio-ekonomi nelayan darat di tasik ini.

“Usaha ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memulihara sumber berkenaan agar terus dapat dikekalkan.

“Justeru itu, usaha itu juga dapat adalah bagi menyokong pembangunan industri perikanan tempatan supaya dapat dinikmati generasi akan datang,” jelasnya yang ditemui semasa Majlis Ramah Agensi Bersama Komuniti Nelayan Darat Tasik Gubir, di Dataran Tasik Gubir, di sini baru-baru ini.

Ahmad Tarmizi yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), berkata kebanyakan penduduk berdekatan seperti Kota Aur di sini menjadikan tasik tersebut sebagai sumber pendapatan dengan menangkap ikan untuk dijual di pasaran.

“Benih ikan yang dilepas ini diharapkan dapat menambah sumber pendapatan penduduk tempatan,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik telah menyumbang pembelian pukat menangkap ikan serta bakul makanan kepada 40 orang nelayan dengan jumlah RM13,000 serta sumbangan jaket keselamatan daripada Jabatan Perikanan Negeri Kedah.

-SH

Tinggalkan komen anda