Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PMM Juara Keseluruhan eDOLA 2020

By 19 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rozer Masudin/PMM

MERLIMAU, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau (PMM) sekali lagi mengulangi kejayaan tahun lepas dan pada kali ini lebih bermakna apabila berjaya menggondol kejuaraan utama iaitu juara keseluruhan Cidos Inspiring Learning Awards (eDOLA) 2020 yang berlangsung secara dalam talian baru-baru ini.

Menurut Pengarah PMM Mohd Hatta Zainal, eDOLA 2020 merupakan sebuah pertandingan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi memberi pengiktirafan kepada pensyarah dan pelajarnya dalam menunjukkan kepakaran pembangunan bahan dan penggunaan teknologi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

“PMM pada kali ini telah menggondol kemenangan yang cukup manis iaitu menyapu bersih tiga kategori yang dipertandingkan sekali gus menyandang anugerah juara keseluruhan eDOLA 2020,” katanya ketika ditemui.

Hatta (empat dari kiri, duduk) bergambar bersama-sama Jawatankuasa e-Pembelajaran PMM selepas diumumkan sebagai juara keseluruhan eDOLA 2020.

Hatta (empat dari kiri, duduk) bergambar bersama-sama Jawatankuasa e-Pembelajaran PMM selepas diumumkan sebagai juara keseluruhan eDOLA 2020.

Sementara itu, menurut Pegawai e-Pembelajaran PMM Arrifuddin Ibrahim, kemenangan ini hasil daripada usaha keras semua ahli jawatankuasa e-pembelajaran seliaan beliau bagi memastikan kemenangan dapat dilakar buat kali ketiga.

“eDOLA 2020 mewajibkan penglibatan kesemua 36 Politeknik di seluruh Malaysia untuk menghantar satu penyertaan terdiri daripada satu dokumen pelaporan, satu video pelaporan dan video Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta lima poster promosi.

“Bagi kategori video PdP, PMM mempertaruhkan penghasilan video bertajuk DTC10014: Basic Western Cookery 4.0 Salads & Salad Dressings yang merupakan salah satu subjek dalam silibus Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di PMM, dan syukur telah memikat para juri untuk dipilih sebagai pemenang.

Kategori video pelaporan yang dihasilkan bertajuk PoliTV - nDLearnT'20 eDOLA turut memenangi salah satu anugerah yang dipertandingkan.

Kategori video pelaporan yang dihasilkan bertajuk PoliTV – nDLearnT’20 eDOLA turut memenangi salah satu anugerah yang dipertandingkan.

“Selain itu, bagi kategori video pelaporan kami mempertaruhkan video bertajuk PoliTV – nDLearnT’20 eDOLA 2020 dalam bentuk pelaporan berita penganjuran program National Digital Learning Talk 2020 (nDLearnT’20) dengan disulami suntingan padu seperti paparan berita komersil di televisyen,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar Politeknik Merlimau Siti Nur Ainaa Asmuni yang pada tahun lepas telah memenangi anugerah Best Reporter (PoliTV) turut membuat penampilan sebagai penyampai berita bagi kategori video pelaporan eMCC.

Majlis anugerah secara dalam talian tersebut yang dipancarkan secara langsung di YouTube dan Facebook tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Mohamad Amin Hamat.

-SH

Tinggalkan komen anda