Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

JAS Temui Sisa Klinikal Berhampiran Sungai Gong

By 3 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menemui sisa klinikal yang dibuang di tebing Sungai Gong ketika aktiviti gotong royong hari ini.

Ketua Pengarah JAS, Norlin Jaafar, berkata sisa klinikal termasuk jarum suntikan itu boleh memberi risiko kepada pencemaran alam sekitar dan kesihatan.

“Kita telah ambil sampel untuk dihantar ke Jabatan Kimia dan juga mengenal pasti pihak yang tidak bertanggung jawab membuangnya.

“Ini merupakan kesalahan yang sangat serius kerana sisa klinikal perlu dilupus dengan teratur dan tidak dibuang di tebing sungai.

Norlin memaklumkan kesalahan membuang sisa klinikal sangat serius dan pihaknya telah mengambil sampel untuk dihantar ke Jabatan Kimia serta mengenal pasti pelakunya.

Norlin memaklumkan kesalahan membuang sisa klinikal sangat serius dan pihaknya telah mengambil sampel untuk dihantar ke Jabatan Kimia serta mengenal pasti pelakunya.

“Sungai Gong pula membekalkan air ke loji Sungai Selangor dan sekiranya tercemar boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai Program Gotong Royong Membina Denai Sungai Gong, di sini hari ini.

Katanya, tindakan undang-undang akan diambil di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Pelaku boleh didenda RM500,000 dan mandatori penjara jika disabitkan kesalahan.

“Kita juga nasihatkan bengkel-bengkel berhampiran untuk alihkan tong-tong tidak terpakai agar tidak mencemarkan sungai ini,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda