
Laporan/foto: Syed Hisham (Putrajaya)/LLM
PUTRAJAYA, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Laluan di Terowong Menora – Jelapang Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di kedua-dua arah mengalami kesesakan sehingga 10 kilometer.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan berpunca daripada penutupan lorong arah Selatan bagi kerja-kerja pengalihan treler terlibat kemalangan di KM264.6 SB.
“Treler dari arah utara tersebut terlibat kemalangan sekitar 4.00 pagi tadi yang melanggar pembahagi rel adang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Keadaan kini sesak di kedua-dua arah, 10km arah selatan & 3km arah utara dan laluan kontra telahpun diaktifkan sekitar 11.17 pagi tadi di laluan arah utara,” menurut kenyataan tersebut.