Skip to main content
HomePutrajaya

KKM Usaha Pastikan Rt Tidak Cecah 2.2 – KP Kesihatan

By 12 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan (KKM) akanĀ berusaha memastikan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) tidak mencecah 2.2 kerana kemudahan kesihatan KKM mungkin tidakĀ mampu menampung jumlah pesakitĀ COVID-19 jika RtĀ mencecah paras itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata nilai RtĀ pada ketika ini berada pada kadar 1.3 dan ia berjaya dilandaikanĀ daripada 2.3 ketika permulaan gelombang ketiga pandemik itu melanda negara.

“Jadi, dengan segala tindakan kawalan kesihatan awam di lapanganĀ kita berharap kes dapatĀ menurunkan RtĀ kepada 0.3 pada 31 Okt, maka kita berjaya melandaikan lengkuk.

“Tetapi kalau keadaan sekarang ini, 1.3 RtĀ berjalan, kita akan lihat peningkatan kes secara perlahan sehingga 31 Okt. Apa yang cuba kita elakkan ialah R-naught meningkat kepada 2.2 dan kita akan mendapat peningkatan kes secara mendadak,Ā mungkin fasilitiĀ KKM, hospital dan juga pusat kuarantinĀ tidak mampu menampung pesakit yang akan datang,” katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan dalam Facebook KKM semalam.

Justeru katanya, KKM akan terus memperhebat aktiviti kesihatan awam termasuk pengawasan, pengesananĀ kontak, ujianĀ menggunakan RTK-Antigen dan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RTPCR), pengasingan kes serta rawatan di pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah selain kes di hospital.

Katanya, selain itu langkah kerajaan mempergiatkan kawalan sempadan, kawalan merentas daerah dan menggiatkan aktiviti pengesanan kontak rapat dan kes yang positif juga dapatĀ mengawalĀ nilai Rt tersebut.

Terdahulu, Dr Noor HishamĀ berkataĀ jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini melonjak kepada 561 kes berbanding 374 kes kelmarin, dengan menyaksikan dua kematian dicatatkan semalam.

Selain itu, lima kluster baharu dikenal pastiĀ iaitu tiga di Sabah manakalaĀ masing-masing satu kluster di Wilayah Persekutuan LabuanĀ dan Selangor.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda