Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKPB di Selangor, KL, Putrajaya Dilaksana 14-27 Okt

By 13 Oktober 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan bersetujuĀ melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malamĀ 14 Okt hingga 27 Okt ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, keputusan itu dicapaiĀ pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan COVID-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.

ā€œPergerakan keluar masuk, merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan,ā€ katanya pada sidangĀ media secara mayaĀ menerusi Facebook Kementerian Pertahanan.

Katanya, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi ditutup, dan hanya dua orang sahaja daripada satu rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Ismail SabriĀ berkataĀ masjid, surau dan rumahĀ ibadat bukan Islam turut ditutup,Ā di samping semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunanganĀ juga tidak dibenarkan.

Selain itu, beliau berkata pusat-pusat hiburan dan kelab malamĀ turut tidakĀ dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, Ismail SabriĀ berkata semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dan senarai prosedur operasi standard (SOP) lanjut dan terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

MengenaiĀ kesalahan ingkar arahanĀ Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), beliau berkata Polis Diraja Malaysia menahan 617 individu, dan daripada jumlah itu 44 individu direman manakala dua individu dikenakan jaminan, semalam.

Memperincikan perkara itu, Ismail Sabri berkataĀ antara kesalahanĀ tertinggi dilaporkan adalah penjarakan fizikal melibatkanĀ 239 individu,Ā tidak memakai pelitup muka (178) danĀ aktiviti di dalam kelab malam (105 individu).

“KesalahanĀ lain termasukĀ gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (89), melanggar syarat kawasan PKPBĀ (20), pendatang asing tanpa izin (16), aktiviti pelacuran (lapan), aktiviti perjudian (tiga), tinggal di Malaysia melebihi tempoh (tiga), premis tanpa lesen (satu), dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas (satu),” katanya.

Beliau menegaskan bahawa peningkatan jumlah tangkapan membuktikan bahawa pihak berkuasa tidak berkompromi dengan mana-mana individu atau premis yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.

ā€œPasukan PetugasĀ Operasi Pematuhan akan mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak patuh SOP PKPP yang ditetapkan,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda