Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Polis Kelantan Keluar 819 Kompaun Tidak Patuh SOP

By 11 Oktober 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Polis Kelantan mengeluarkan sebanyak 819 kompaun hingga semalam atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac serta PKP Pemulihan (PKPP) bermula Jun lepas.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata daripada jumlah itu, sebanyak 212 kompaun dikeluarkan bagi tempoh Oktober hingga semalam, dengan antara kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

“Bagaimanapun, jumlahnya semakin menurun berikutan penguatkuasaan ketat dijalankan pihak polis,“ katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis lawatan kerja rasminya, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Shafien berkata walaupun kesedaran dan kepatuhan SOP oleh rakyat di negeri itu meningkat 90 peratus namun polis tetap memantau keadaan dalam membendung penularan COVID-19.

“Sebelum ini, pelbagai alasan diberikan seperti tertinggal pelitup muka dalam kereta dan diterbangkan angin ketika menunggang motosikal dan ini tidak boleh lagi diterima kerana pelitup muka ada dijual di mana-mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seramai 1,200 anggota polis pelbagai pangkat bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir pada fasa peralihan monsun bermula November hingga Mac tahun depan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda