Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Internet Percuma Ceriakan Penghuni PQ2

By 26 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasirah (Marang)

MARANG, 26 Nov (Malaysiaaktif)Person Under Surveillance (PUS) di pusat kuarantin (PQ2) Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai meluahkan rasa gembira dan menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk membekalkan rangkaian internet percuma di pusat kuarantin tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM5, 000.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat, mengumumkan hasrat itu semasa kunjungan beliau menyantuni PUS yang terdiri daripada pekerja barisan hadapan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan beberapa klinik dari pelbagai daerah di Negeri Terengganu yang telah selamat menjalani kuarantin selepas pulang bertugas dari Negeri Sabah, baru-baru ini.

Hanafiah Mat, mempertontonkan gimik pemotongan gelang kuarantin tanda penghuni telah selamat menjalani kuarantin.

Hanafiah Mat, mempertontonkan gimik pemotongan gelang kuarantin tanda penghuni telah selamat menjalani kuarantin.

“Hasrat ini telah dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bencana Daerah Marang dan pihak kerajaan negeri telah bersetuju membekalkan rangkaian internet bagi memudahkan urusan semua penghuni di sini.

Hanafiah Mat menyerahkan sumbangan kepada penghuni di PQ2.

Hanafiah Mat menyerahkan sumbangan kepada penghuni di PQ2.

“Langkah ini juga memudahkan individu yang dikuarantin mendapatkan informasi semasa secara cepat dan sekaligus menghilangkan rasa bosan serta tekanan sepanjang proses kuarantin,” katanya ketika meninjau keadaan di  PQ2, di sini.

Menurut Hanafiah, Pasukan Bantuan Kesihatan Awam yang terdiri daripada doktor dan juga jururawat yang bertugas di Sabah telah selamat menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan akan pulang ke rumah masing-masing setelah dua bulan mereka tidak bertemu mata dengan keluarga terdekat.

Antara Petugas Kesihatan yang terpilih bertugas di Sabah.

Antara Petugas Kesihatan yang terpilih bertugas di Sabah.

“Petugas-petugas ini ditempatkan di beberapa buah lokasi di Sabah iaitu di Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, Pejabat Kesihatan Daerah Papar, Pejabat Kesihatan Daerah Semporna, dan lain-lain.

“Saya difahamkan bermula tempoh bertugas di Sabah sehingga hari ini, telah hampir dua bulan mereka tidak berjumpa dengan keluarga, hanya panggilan telefon yang menghubungkan mereka,” katanya.

ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong bersama Hanafiah Mat di Pusat Kuarantin PQ2.

ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong bersama Hanafiah Mat di Pusat Kuarantin PQ2.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan Sulaiman Sulong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus dan Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

-ii-

Tinggalkan komen anda