Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pelajar dan Guru Selesa Amal Norma Baharu di Sekolah

By 3 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Petronas, Kertih mengambil pendekatan terbaik bagi memastikan pematuhan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar dan guru.

Menurut Pengetua SK Rantau Petronas, Rozie Hamid, 56, yang ditemui baru-baru ini ketika merasmikan Program Sepakat@Komuniti Pembudayaan Norma Baharu: Putuskan Rantaian COVID-19 di sekolah tersebut berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengesahkan bahawa pembudayaan norma baharu kini turut dijadikan amalan dalam kehidupan harian anak-anak di rumah antaranya menggunakan pelitup muka, membasuh tangan dan penjagaan jarak fizikal.

Rozie Hamid, 56, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas ketika berucap pada Program Sepakat @ Komuniti Pembudayaan Norma Baharu : Putuskan Rantaian Covid-19.

Rozie Hamid, 56, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas ketika berucap pada Program Sepakat @ Komuniti Pembudayaan Norma Baharu : Putuskan Rantaian Covid-19.

Pegawai Perubatan dan Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Nor Dalila Husin, 39, yang dijemput sebagai penceramah dalam program tersebut berkata ibubapa harus memastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala, mengajar anak langkah mencuci tangan dengan betul, menasihati anak mengamalkan penjarakan fizikal dan mendidik anak mengenai amalan batuk dan bersin dengan betul.

“Pihak sekolah juga harus membuat saringan kesihatan di pintu masuk, pematuhan penjarakan fizikal seperti di bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan bilik mesyuarat, buka tingkap dan pintu bilik PdP bagi pengudaraan yang baik, tandas sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan sabun disediakan,” jelas Dr Nor Dalila.

Para pelajar SK Rantau Petronas ketika Program Sepakat@Komuniti.

Para pelajar SK Rantau Petronas ketika Program Sepakat@Komuniti.

Menurut seorang guru Noraini Ahmad, 27, peraturan sekolah ini turut tidak membenarkan pelajar ke kantin sebaliknya guru dan pekerja kantin mengambil tempahan dan mengagihkan makanan di bilik darjah dan mereka turut makan bersama di bilik darjah pada waktu rehat.

Noraini Ahmad, 27, guru SK Rantau Petronas.

Noraini Ahmad, 27, guru SK Rantau Petronas.

“Dalam bilik darjah dan di perpustakaan amalan SOP ditetapkan sentiasa dititikberatkan dan faktor itu menyebabkan pelajar selesa sepanjang sesi pembelajaran dan ibu bapa pula yakin anak-anak selamat di sekolah,” katanya.

Bagi seorang pelajar Muhammad Alif Muhd Fuad, 10, berkata amalan norma baharu merupakan pengalaman baharu dan dia berasa selesa untuk mengamalkan norma baharu tersebut.

Pegawai Perubatan dan Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Nor Dalila Husin, 39, ketika menyampaikan ceramah.

Pegawai Perubatan dan Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Nor Dalila Husin, 39, ketika menyampaikan ceramah.

“Amalan norma baharu adalah perkara baharu bagi saya. Setiap pagi, suhu badan akan disukat, guru-guru tidak benarkan saya bersalam dengan kawan-kawan, kami juga perlu makan dalam kelas tidak seperti sebelum ini makan di kantin.

Muhammad Alif Muhd Fuad,10, pelajar SK Rantau Petronas.

Muhammad Alif Muhd Fuad, 10, pelajar SK Rantau Petronas.

“Saya berharap semua pelajar dapat mematuhi SOP yang ditetapkan supaya suatu hari nanti kita dapat hidup seperti sediakala,” katanya mengakhiri perbualan.

-ii-

Tinggalkan komen anda