Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMAPutrajaya

Pematuhan SOP Penting untuk Kawal COVID-19 – Dr Adham

By 18 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 18 Nov (Malaysiaaktif) –¬†Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh majikan dan pekerja¬†sektor keselamatan dan pembinaan sangat penting bagi mengawal¬†peningkatan kes positif COVID-19¬†¬†di Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata keutamaan Kementerian Kesihatan buat masa ini adalah untuk mengasingkan semua kes-kes positif dalam kalangan pekerja supaya dapat memutuskan rantaian jangkitan.

“Trend ini, setakat yang kita lihat, masih lagi dalam kawalan dengan syarat kita kekal mematuhi pendekatan kawalan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) untuk memutuskan rantaian jangkitan.

‚ÄúKegagalan mereka mematuhi SOP merupakan satu penilaian risiko yang sedang¬†kami¬†jalankan dan kami¬†akan ambil tindakan pantas menerusi pendekatan kesihatan awam supaya pelaksanaan dan pematuhan SOP¬†¬†dalam memutuskan wabak bertambah baik,” katanya¬†dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Setakat semalam, sebanyak 1,210 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menyaksikan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 499 kes diikuti Selangor (259) dan Kuala Lumpur (238).

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 162 kluster aktif COVID-19 yang dilaporkan, 72 kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja termasuk di tapak pembinaan dan sektor keselamatan.

‚ÄĒ Bernama

Tinggalkan komen anda