
PUTRAJAYA, 11 Nov (Malaysiaaktif) –Ā Seorang pegawai syarikat telekomunikasi (telco) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan penipuan sistem pesanan ringkas (SMS).
Perintah reman hingga 15 Nov itu dikeluarkan Majistret Nur Aisyah Mohd Yusof di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan kes disiasatĀ di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 9 malam semalam, selepas hadir memberikan keterangan.
“Dia disyaki telah menerima wang rasuah berjumlah RM300,000 yang diterima secara berperingkat melalui akaun peribadinya daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan senarai nombor telefon pelanggan yang menggunakan pelan prabayar dari 2017 hingga sekarang,ā kata sumber itu.
KatanyaĀ nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan penyedia kandunganĀ menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna.
Semalam, dilaporkan tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar āDatukā direman lima hari hingga 14 Nov kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telcoĀ untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan SMS.
Sementara itu, diĀ Sungai Petani,Ā KEDAH, tiga lelaki termasuk seorang pengurus syarikat bekalan baranganĀ runcit direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung menerima wang suapan sebanyak RM85,000 pada 2018.
Perintah reman terhadapĀ ketiga-tiga mereka yang berumur antara 45 dan 62 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar MahkamahĀ Sungai PetaniĀ Mohammad Alif Abdul Aziz selepas mendengar permohonan SPRM.
Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga lelaki tersebut disyaki meminta dan menerima wangĀ itu daripada seorang lelakiĀ bagi membantu menyelesaikan kes abang ipar lelaki terbabit yang ditahan polis atas kesalahan dadah pada Jun 2018.
Ketiga-tiga lelaki tersebut ditahanĀ diĀ pejabat SPRM Sungai Petani antaraĀ 9.38 danĀ 10.07 malam tadi.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
— BERNAMA