
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 11 Nov (Malaysiaaktif)Ā – Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK)Ā bagi tahun ini ditundaĀ berikutan penularan pandemikĀ COVID-19 dan akan dilakukanĀ serentakĀ dengan UPKKĀ tahun depan iaituĀ dari 4 hingga 7 Okt 2021.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Ā Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-BakriĀ berkata keputusan itu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) setelah mempertimbangkan kepentingan semua pihak.
Beliau berkataĀ ia melibatkanĀ lima subjek bertulisĀ iaituĀ Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab dan Lughah Al-Quran.
“Sementara ujianĀ bagi subjek al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran akan dilaksanakanĀ 1 hingga 30 Sept 2021.Ā Jadual pelaksanaan bagi ujian bertulis, amali dan lisan akan dimaklumkan kelak.
“Penjadualan ini membolehkan calon membuat persediaan mencukupi sebelum menduduki peperiksaan, tahun depan,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan pindaan turut dilakukanĀ untuk penilaian subjek berbentuk amali yang merangkumiĀ Amali Solat dan PenghayatanĀ Cara Hidup Islam.
Katanya, sebarang catatan penilaian sepanjang sesi persekolahan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPĀ Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) termasuk ujian bulanan, aktiviti dalam dan luar bilik darjah, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) boleh diambil kira sebagai satu bentuk penilaian.
UPKKĀ dilaksanakan semasa pelajar berada di tahun lima dan calonĀ UPKKĀ perlu menduduki kelas KAFA iaituĀ program pengukuhan berkonsepkan pendidikan Islam peringkat rendah,Ā sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun untuk menduduki peperiksaan itu.
— BERNAMA