Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tukang Masak Maut Ditikam Rakan

By 7 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Seorang tukang masak lelaki maut dipercayai ditikam kira-kira 10 kali oleh rakannya yang merupakan pengawal keselamatan dalam kejadian di pondok pengawal sebuah pangsapuri di Paya Terubong, di Pulau Pinang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata kejadian berlaku kira-kira 8.50 malam ketika suspek berusia 65 tahun yang sedang bertugas itu didatangi rakan lelaki berumur 42 tahun, yang didakwa telah mengganggu serta mengugut warga emas berkenaan.

“Oleh kerana tidak tahan serta berang diganggu dan diugut, suspek bertindak menikam mangsa di bahagian badan dengan pisau bertubi-tubi sehingga rakannya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan 10 kesan tikaman,” katanya.

Soffian berkata suspek yang belum berkahwin itu telah ditahan di rumahnya di pangsapuri berkenaan pada 10.30 malam tadi dan polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Menurut Soffian, mayat mangsa telah dibedah siasat hari ini di HPP manakala suspek direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda