Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Azhan Mahayuddin (Pahang)
KUANTAN, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Menjelang sambutan Tahun Baru, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah, merangkap ahli Parlimen Indera Mahkota telah menziarahi beberapa tempat sekitar Indera Mahkota bagi mengedarkan pek istimewa yang mengandungi buah limau, cenderahati serta pelitup muka istimewa kepada masyarakat Cina dan para peniaga di sekitar Indera Mahkota.
Menurut Saifuddin, sebanyak 2,000 beg telah diedarkan sebagai cenderahati khas buat mereka.
“Kita menyantuni anak-anak istimewa di pusat penjagaan kanak-kanak terencat akal dan pusat penjagaan rumah orang tua.
“Kita turut mengedarkan angpau dan bakul makanan bagi meraikan golongan ini, malah pihak pengurusan pusat jagaan ini turut menerima sumbangan bagi meringankan beban kos operasi mereka,” katanya ketika mengadakan kunjungan, di sini hari ini.
Saifuddin turut menyeru masyarakat Cina yang merayakan tahun baharu lembu emas ini dengan menjaga kesihatan dan keselamatan bersama dalam tempoh pandemik dan norma baharu ini.
-KN