Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Muhyiddin Lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030

By 28 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: RTM

PUTRAJAYA, 28 Feb (Malaysiaaktif) –Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di peringkat akar umbi menerusi kerjasama kementerian dan agensi berkaitan.

Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan inisiatif Rukun Tetangga.

Pelan itu merupakan satu daripada strategi yang telah digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.

Menjelaskan lanjut empat Agenda Kerja KRT itu, Muhyiddin berkata Agenda Kerja KRT Selamat akan digerakkan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berperanan untuk meronda dan mengawal mana-mana premis atau lokasi di KRT dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata Agenda Kerja KRT Sihat pula memberi penekanan kepada usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti hasil kolaborasi bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda