Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sambutan Secara Sederhana Sekat Penularan COVID-19

By 11 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Muhammad Azran Abd Malek (Melaka Tengah)

MELAKA, 11 Feb (Malaysiaaktif) –  Pemantauan persiapan Perayaaan Tahun Baharu Cina di Pasar Bukit Cina dan Pasar Kota Laksamana semalam mendapati orang ramai terutama masyarakat Cina mula membanjiri kawasan tersebut bagi melakukan persiapan awal walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Peniaga Pasar Bukit Cina, Heng Noi, 45, berkata walaupun sambutan Tahun Baru Cina ini disambut dalam tempoh PKP, kemeriahan perayaan tersebut tidak dapat disangkal kerana tradisi turun temurun masih perlu dilakukan malah acara makan besar perlu diadakan akan tetapi terhad kepada ahli keluarga dari kediaman yang sama sahaja.

Peniaga Pasar Bukit Cina, Heng Noi.

Peniaga Pasar Bukit Cina, Heng Noi.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan dalam sambutan perayaan ini perlu dipatuhi walaupun perayaan ini amat bermakna bagi masyarakat Cina kerana ini merupakan usaha kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID 19 dari terus meningkat,” katanya.

Penduduk Bukit Cina, Teng Kuang Wee, 56, turut menzahirkan sokongan terhadap usaha kerajaan dalam menghentikan pandemik ini dari terus berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Persiapan Tahun Baharu Cina dalam situasi norma baharu ini menampilkan kelainan yang berbeza kerana saban tahun masyarakat Cina akan melakukan persiapan seminggu awal bagi menyambut kedatangan saudara-mara serta upacara sembahyang di rumah ibadat namun tahun ini segala aktiviti tersebut perlu diterhadkan,” katanya.

Penduduk Bukit Cina, Teng Kuang Wee.

Penduduk Bukit Cina, Teng Kuang Wee.

-KN

Tinggalkan komen anda