Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

60 Pemandu Bas dan Van Sekolah Terima Sumbangan

By 2 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Antara golongan yang turut terkesan dengan pandemik COVID-19 ini adalah pemandu bas dan van sekolah.

Pengerusi Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara Ahmad Ruslan Abdul Latiff, menjelaskan terdapat ramai dalam kalangan pemandu bas tidak menerima gaji dan terpaksa membuat kerja kampung demi mencari rezeki untuk keluarga serta kelangsungan hidup.

“Penutupan banyak sektor sebelum ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga secara tidak langsung menyebabkan pengusaha bas persiaran hilang mata pencarian,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis penyampaian sumbangan oleh Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit di Pantai Murni, di sini.

Menurut Ruslan, apa yang lebih menyedihkan lagi sesi persekolahan telah pun bermula dan keperluan anak-anak perlu diutamakan.

Sementara itu Sabri Azit, berkata pihaknya hadir menyantuni golongan tersebut selain berusaha meringankan beban dihadapi mereka.

“Hari ini kita bersama Pertubuhan Darul Ikhlas Gurun mengumpulkan 60 pemandu bas dan van sekolah untuk diberikan bantuan makanan dan juga sumbangan wang tunai.

“Diharapkan sedikit sumbangan ini mampu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka dan sama-sama kita mendoakan agar COVID-19 ini cepat berakhir,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda