Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

941 Kes Baharu, Angka Terendah Tahun Ini

By 30 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Malaysia kembali mencatat angka harian kes COVID-19 di bawah paras seribu dengan 941 kes dilaporkan semalam, sekali gus menjadi angka terendah dicatatkan tahun ini.

Kali terakhir negara merekodkan kes baharu COVID-19 di bawah empat angka ialah pada 9 Disember tahun lepas, apabila mencatatkan 959 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan memaklumkan angka kes sembuh juga melebihi kes baharu, iaitu sebanyak 1,097 kes, selain lima lagi kematian dicatatkan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi dengan 219 kes diikuti oleh Sarawak 192 kes dan Johor 171 kes. Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 166 kes manakala yang memerlukan bantuan pernafasan 73 kes,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya perkembangan terbaharu itu menjadikan kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 14,219 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan dua kluster baharu tempat kerja telah dikenal pasti iaitu Kluster Seksyen 16 di Selangor serta Kluster Jalan Azlan di Kuala Lumpur, dan satu lagi adalah kluster komuniti, yakni Kluster Taman Vistagro di Sarawak.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda