Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

Pekebun-Pekebun Kecil Getah Digesa Tubuh Koperasi

By 30 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahazir Abu Hassan/Mohd Rasidi Che Sa (Baling)

BALING, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Perusahaan  Perladangan dan Komuniti mengesa pekebun-pekebun kecil getah agar mereka menubuhkan koperasi untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata pekebun kecil getah terutama di kawasan luar bandar boleh berbincang dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam usaha penubuhan koperasi berkenaan.

“Dengan adanya koperasi ianya memudahkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan secara berkelompok kepada golongan berkenaan selain dapat memastikan mereka memperolehi pendapatan yang lebih baik.

“Sasaran kerajaan untuk permulaan adalah dengan mewujudkan 20 buah koperasi dan kerajaan sudah menyediakan dana berjumlah RM6 juta untuk diagihkan kepada setiap koperasi baharu berkenaan dengan setiap koperasi menerima RM300 ribu dalam bentuk geran dan mesin.

Pekebun-pekebun kecil getah yang hadir ke majlis berkenaan.

Pekebun-pekebun kecil getah yang hadir ke majlis berkenaan.

“Selain itu kerajaan juga dalam usaha melaksana Projek Transformasi Perusahaan Industri Getah (TARGET) yang diyakini mampu menambah baik pendapatan pekebun kecil getah melalui pelbagai insentif baharu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 100 orang pekebun kecil getah pada Majlis Sumbangan dan Lawatan Kepada Pekebun-Pekebun Getah Kecil di Majlis Daerah Baling, di sini kelmarin.

Menurut Khairuddin, TARGET adalah projek pembangunan pusat pemprosesan getah krip berkelompok yang membolehkan pekebun kecil menambah pendapatan pada masa depan di mana getah krip yang dihasilkan dijamin kualitinya dan dapat menampung permintaan.

Salah seorang pekebun kecil Abd Rahman Abd Manaf, 56, dari Kampung Kuala Darak berkata usaha kerajaan ini harus disokong supaya nasib pekebun kecil  terus terbela.

“Saya berharap dengan adanya koperasi ini, sedikit sebanyak golongan seperti kami yang menyertainya mendapat pelbagai manfaat seperti memperolehi dividen serta pelbagai insentif lain,” katanya ketika ditemu bual semalam.

~RJ~

 

Tinggalkan komen anda