Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Aplikasi ‘Perjalananku’ untuk Orang Melaka

By 4 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salwati Md Zam (Melaka)

MELAKA, 4 Mac (Malaysiaaktif) ā€“ Bermula 2 Mac hingga 20 Mac 2021, penduduk Melaka berpeluang memenangi cabutan bertuah RM1,000 dengan memuat turun dan mendaftar secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih interaktif ‘Perjalananku’ bagi melayakkan diri menjadi antara 3,000 peserta terawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau Negeri Idris Haron, berkata perlu ada kajian serius yang harus dilakukan oleh penduduk Melaka sendiri untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang baik serta data yang sebenar dan salah satu kaedah yang dijalankan adalah menerusi penyediaan aplikasi mobil ā€˜Perjalanankuā€™.

ā€œKajian yang dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan kerjasama UK Global Future Cities juga bertujuan untuk menjadikan Melaka sebagai negeri hijau yang mampan pada masa hadapan, selain mencapai kesejahteraan inklusif dan mengurangkan kadar kemiskinan bandar.

Turut hadir dalam sidang media pelancaran aplikasi ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Negeri, Roslan Ahmad (dua dari kiri).

Turut hadir dalam sidang media pelancaran aplikasi ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Negeri, Roslan Ahmad (dua dari kiri).

“Tinjauan selama seminggu bermula 21 Mac hingga 27 Mac depan akan dilakukan dengan mengarahkan peserta menyelesaikan kesemua aktiviti yang diperlukan dalam aplikasi terbabit dan secara tidak langsung kajian ini akan membantu untuk lebih memahami keperluan perjalanan warga Melaka serta melancarkan perjalanan pada masa akan datang,ā€ ujarnya pada sidang media pelancaran Aplikasi ā€˜Perjalanankuā€™ di Seri Negeri,Ā di sini baru-baru ini.

~RJ~

Tinggalkan komen anda