Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

BSMM Sabah Terima Sumbangan untuk Program Kemasyarakatan

By 6 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah menerima sumbangan korporat daripada syarikat penapis air Enagic Malaysia Sdn. Bhd berjumlah RM7000 bagi pelbagai tujuan program kemasyarakatan di sekitar negeri ini.

Sumbangan tersebut disampaikan wakil Enagic Malaysia Sdn. Bhd, Chin Shaw Fung kepada Pengerusi BSMM Negeri Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat BSMM jalan Tuaran, di sini hari ini.

Menurut Datuk Asnan, setiap sumbangan yang diterima sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pihak swasta akan digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan melalui program-program yang telah dirancang.

BSMM Sabah telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu barisan hadapan dan masyarakat luar bandar yang memerlukan - Asnan.

BSMM Sabah telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu barisan hadapan dan masyarakat luar bandar yang memerlukan – Asnan.

“Semenjak pandemik COVID-19 melanda negara pihak BSMM Sabah telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu barisan hadapan dan masyarakat luar bandar yang memerlukan, antara yang sedang dilaksanakan adalah kempen derma darah bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Unit Tabung Darah Jabatan Patologi, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu agar bekalan darah sentiasa mencukupi.

“Turut dilaksanakan adalah program menjahit Pakaian Perlindungan Diri (PPE) untuk kegunaan kakitangan KKM dan anggota barisan hadapan negara yang mana setakat ini sebanyak 5000 helai PPE telah berjaya dihasilkan dan telah pun diserahkan kepada kerajaan negeri.

“Selain daripada itu BSMM Sabah juga turut membantu dalam misi menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk luar bandar yang memerlukan,” jelas Asnan.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta atau badan korporat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat secara bersama-sama.

-SH

Tinggalkan komen anda