Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Hebahan Bergerak IoW Kekang Penularan Berita Palsu

By 8 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim/Muhammad Hafiz Ariffin (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia menggerakkan jenteranya membantu membuat hebahan bergerak melalui Info on Wheels (IOW) berkaitan COVID-19, isu-isu semasa dan nasional dalam memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan terkini.

Menurut Pegawai Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat Irene Faridah Ismail, kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat dalam menyampaikan maklumat melalui hebahan IoW serta edaran bahan berkaitan COVID-19 di kawasan yang berisiko tinggi harian merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu kerajaan dalam memberi penerangan kepada komuniti setempat tentang pandemik ini, amalan norma baharu dan kepentingan vaksin.

“Program ini dilaksanakan secara berterusan sejak tahun lalu yang menyasarkan kawasan tumpuan umum selain bandar, pasar raya, pekan-pekan juga kawasan-kawasan perkampungan.

Penyerahan poster kepada masyarakat setempat berkenaan amalan penjarakan sosial, norma baharu serta rukun negara.

Penyerahan poster kepada masyarakat setempat berkenaan amalan penjarakan sosial, norma baharu serta rukun negara.

“Edaran bahan penerbitan turut diberikan kepada masyarakat setempat sebagai bahan rujukan dan bacaan tambahan bagi mereka lebih memahami tentang maklumat yang disampaikan,” katanya ketika ditemui pada Program Info on Wheels Peringkat Daerah Batu Pahat, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, IoW turut memberi penerangan lebih lanjut mengenai keselamatan vaksin COVID-19 kepada masyarakat dalam memastikan usaha memerangi pandemik di negara ini berjaya dan membuahkan hasil.

“Pendekatan ini merupakan langkah terbaik bagi memastikan masyarakat tidak keliru mengenai vaksin ini sekali gus dapat menangkis persepsi negatif oleh golongan antivaksin.

“Maklumat vaksin yang mengelirukan akan merugikan rakyat, khususnya mereka yang memerlukan iaitu warga emas dan golongan yang berisiko,” ujarnya.

Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat akan memperluaskan lagi program IoW ini ke lokasi-lokasi tumpuan lain agar maklumat dan dasar-dasar kerajaan yang ingin disampaikan dapat disebarkan dengan lebih menyeluruh kepada masyarakat.

“Pemerkasaan komuniti melalui informasi sebegini mampu memupuk budaya masyarakat untuk mencari dan berkongsi maklumat yang sahih dan boleh dipercayai agar dapat menghindari kekeliruan serta perkongsian berita palsu sehingga boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan komuniti,” katanya.

-NI-

Tinggalkan komen anda