Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

JPJ Bertemu Pelanggan : Pasca COVID-19

By 17 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh ( Tanah Merah )

PASIR MAS , 17 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bertemu Pelanggan : Pasca COVID -19 mendapat maklum balas positif daripada penduduk setempat di sini.

Pegawai Unit Kenderaan Motor JPJ Negeri Kelantan Musa Abdul Kadir, berkata seramai lima anggota pegawai JPJ negeri ditugaskan untuk program bersama masyarakat kali ini bagi memudahkan masyarakat kampung berurusan tanpa pergi ke kaunter pejabat JPJ untuk menghadkan pergerakan dalam suasana penularan pandemik COVID -19 ini.

“Hari ini JPJ turun padang memberi perkhidmatan secara terus kepada rakyat, tak perlu rakyat datang ke pejabat, ” katanya ketika ditemui di sebelah Klinik Kesihatan Kangkong Pasir Mas, di sini baru-baru ini.

Sementara itu wakil penduduk Kampung Kangkong, Mohd Asri Awang, 56, menyatakan bahawa penduduk di sini mengundang JPJ  bagi memudahkan orang kampung menyelesaikan masalah pendaftaran kenderaan terutama motosikal yang telah lama mati cukai jalan dan insurans perlindungan.

“Kesediaan JPJ datang membuka kaunter bergerak demi kemudahan masyarakat kampung yang bermasalah dengan pendaftaran kenderaan terutama motosikal yang melebihi tiga tahun luput cukai jalan,” katanya.

Pemeriksaan Nombor Casis dan nombor enjin sebelum perdaftaran baru cukai jalan sedang dilaksanakan.

Pemeriksaan Nombor Casis dan nombor enjin sebelum perdaftaran baru cukai jalan sedang dilaksanakan.

Bilal masjid berdekatan Muhammad Bakar, 72, dari Kampung Kelar Godel Kangkong beliau bersyukur dan terima kasih kepada pihak kerajaan serta JPJ yang datang membuka kaunter bergerak dan menyelesaikan masalah memperbaharui pendaftaran kenderaan ini.

“Motosikal saya sudah tiga tahun luput cukai jalan hari ini dapat diperbaharui semula terima kasih kepada pihak JPJ, selepas ini bolehlah ke masjid dengan lebih yakin,” katanya

Program ini menyediakan kemudahan pemeriksaan nombor casis serta memperbaharui pendaftaran, pembayaran cukai jalan motosikal yang melebihi tiga tahun, pembayaran dan semakan saman, pembaharuan lesen kenderaan motor, pembayaran cukai jalan bagi kenderaan perdagangan, khidmat nasihat dan sebagainya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda