Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

KADA Komited Jadikan Kelantan Baruh Negara

By 22 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH , 22 Mac (Malaysiaaktif) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) komited merealisasikan aspirasi untuk menjadikan Kelantan sebagai “Baruh Negara” serta meningkatkan pengeluaran hasil beras untuk negara.

Pengerusi Lembaga Pertanian Kemubu (KADA) Datuk Kamarudin Md Nor, berkata KADA telah merangka pelan strategi untuk meningkatkan hasil pertanian dengan Projek Peningkatan Hasil Padi Tersasar bagi menumpukan kawasan berhasil sederhana dan rendah.

“Dianggarkan 2,000 hektar kawasan akan terlibat pada setiap tahun melibatkan seluruh kawasan KADA, dan pada ketika ini dua projek utama sedang berjalan dan dilaksanakan untuk membantu para petani dan tanaman mereka.

“Projek Menaik Taraf Tali Air Bendang Tok Ajam, Projek Menaik Taraf Tali Air Padang Pak Amat dan Tali Air Pak Che Man dan kesemua projek utama ini melibatkan kos bernilai RM3.9 juta dengan keluasan bendang yang akan mendapat manfaat adalah 600 ekar,” katanya ketika merasmikan Program Hari Ladang Jajahan Pasir Puteh 2021 di Bendang Tok Ajam, di sini kelmarin.

Antara pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung.

Antara pengisian aktiviti sepanjang program berlangsung.

Menurut kamarudin, dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai negeri pengeluar padi terbanyak di Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak termasuk KADA.

“Pada ketika ini antara negeri pengeluar hasil padi terbanyak adalah Kelantan dan Kedah namun masih belum mencukupi untuk menampung keperluan asas rakyat di negara ini yang dianggarkan hanya mencapai 70% sahaja.

“Selain daripada itu, antara strategi yang dilaksanakan adalah dengan mengadakan latihan amali, kursus pemindahan teknologi, meningkatkan kemudahan ladang seperti kawalan kualiti, dan penggunaan input pertanian,” kata Kamarudin.

Salah seorang penerima hasil tertinggi bagi Ladang Merdeka Jelor Zoryati Shaffei, mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada KADA atas hasil yang diterima.

“Program Hari Ladang ini difahamkan akan diteruskan ke jajahan lain di dalam kawasan KADA sebagai usaha mempertingkatkan pemindahan teknologi kepada petani dan pengusaha padi secara lebih berkesan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda