Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Semua Negeri Terima Dasar Perhutanan Malaysia

By 22 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)

KEPONG, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Semua negeri menerima Dasar Perhutanan Malaysia yang membuktikan penyatuan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam menguruskan hal ehwal hutan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata dasar berkenaan diterima ketika Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-78 pada 29 Januari lalu.

“Semua kerajaan negeri bersetuju dan menerima Dasar Perhutaan Malaysia yang mengariskan hala tuju jelas sektor perhutanan dalam mendepani cabaran peringkat domestik dan antarabangsa.

“Ia menyaksikan penyatuan julung kalinya semua negeri di Malaysia dalam bidang pengurusan perhutanan negara yang menjangkau usia 120 tahun,” katanya ketika melancarkan Dasar Perhutanan Malaysia sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong, di sini semalam.

(Dari kiri) Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menunjukkan buku Dasar Perhutanan Malaysia yang menjadi rujukan semua negeri dalam menguruskan hutan.

(Dari kiri) Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menunjukkan buku Dasar Perhutanan Malaysia yang menjadi rujukan semua negeri dalam menguruskan hutan.

Tegas Perdana Menteri, Dasar Perhutanan Malaysia merupakan dasar bersama untuk memainkan peranan aktif sebagai agen konservasi dan pengerak pembangunan sosio ekonomi negara.

“Diharapkan usaha bersama kerajaan persekutuan dan negeri dalam melaksanakan lima objektif Dasar Perhutanan Malaysia agar terus padu bagi mencapai sasarannya.

“Saya menyambut baik komitmen kerajaan-kerajaan negeri untuk meningkatkan litupan hutan di bawah struktur negeri masing-masing dan kerjasama strategik kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan serta pihak swasta adalah penting dalam merealisasikan sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju serta Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Datuk Zurinah Pawanteh.

-RI

Tinggalkan komen anda