Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Kaunter Aduan Rakyat Bersama Ahli Parlimen Permudahkan Urusan

By 30 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail (Setiu)

SETIU, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Program Kaunter Aduan Rakyat bersama Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abd. Kadir dilihat sebagai platform terbaik bagi memudahkan rakyat menyuarakan permasalahan yang dihadapi terus kepada pemimpin.

Menurut Penyelaras Program Kaunter Aduan Rakyat bersama Ahli Parlimen Setiu Muhammad Iqbal Dollah@Abdullah, program ini merupakan inisiatif sendiri oleh Shaharizukirnain sebagai wadah untuk beliau mendekatkan diri dengan masyarakat di parlimen tersebut dan pada masa yang sama mendengar sendiri keluhan dan permasalahan masyarakat akar umbi di daerah ini.

Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain (tiga dari kanan) mendengar permasalahan salah seorang pengunjung.

Shaharizukirnain (tiga dari kanan) mendengar permasalahan salah seorang pengunjung.

“Menerusi kaunter ini, Shaharizukirnain merangkap Pengerusi TEKUN Nasional akan memperuntukan masa untuk mendengar masalah rakyat khususnya yang melibatkan khidmat berkaitan permohonan pembiayaan pinjaman TEKUN Nasional serta bantuan pelbagai agensi yang lain.

“Ini merupakan program pertama diadakan untuk tahun ini bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di Kampung Anak Ikan sejak ia mula diadakan pada tahun lepas dan turut diadakan di DUN lain bawah Parlimen Setiu,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Dewan Terbuka Kampung Anak Ikan, di sini semalam.

Penyelaras program Kaunter Aduan Rakyat bersama Ahli Parlimen Setiu, Muhammad Iqbal Dollah@Abdullah ketika ditemui pemberita, di Dewan Terbuka Kampung Anak Ikan, petang semalam.

Penyelaras program Kaunter Aduan Rakyat bersama Ahli Parlimen Setiu, Muhammad Iqbal Dollah@Abdullah.

Seorang penduduk, Sukri A.Rahman, 45, memuji usaha yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Setiu bagi memudahkan rakyat akar umbi berjumpa dengan beliau bagi menyuarakan permasalahan yang dihadapi tanpa berjumpa dengan orang tengah.

Sukri yang merupakan seorang guru sempat mengutarakan permasalahan talian internet di komuniti beliau kepada pengetahuan Shaharizukirnain dan beliau amat berpuas hati apabila permasalahan tersebut diambil berat dan tindakan yang pantas oleh oleh Shaharizukirnain untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui agensi yang berkaitan.

Sukri A.Rahman, 45, puji usaha yang diambil oleh Ahli Parlimen Setiu.

Sukri A.Rahman, 45, puji usaha yang diambil oleh Ahli Parlimen Setiu.

Bagi Nurul Nadiah Asmawi, 33, yang merupakan seorang peniaga makanan melahirkan rasa terima kasih di atas penganjuran program tersebut yang dianggapnya sebagai pemudah cara bagi anggota masyarakat seperti beliau untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Nurul Nadiah Asmawi, 33, gunakan platform untuk membesarkan perniagaan sedia ada.

Nurul Nadiah Asmawi, 33, gunakan platform untuk membesarkan perniagaan sedia ada.

“Saya menggunakan platform ini untuk memperbesarkan perniagaan melalui pinjaman TEKUN Nasional dan kaunter ini memudahkan saya berhubung terus dengan agensi tersebut tanpa perlu ke pejabat TEKUN daerah yang jaraknya agak jauh,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda