Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

PDRM Basmi Penjualan Air Ketum di Jempol

By 15 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim Mohd Shaari (Jempol)

JEMPOL , 15 Mac 2021 (Malayasiaaktif) – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IbuPejabat Polis Daerah Jempol, telah menjalankan satu operasi di kawasan Taman Kasih Putera, Bahau, apabila mendapat aduan daripada penduduk setempat berkaitan sebuah rumah yang menjadikan lokasi pemprosesan dan menjual air ketum di kawasan ini.

Ketua Polis Daerah Jempol Supritenden Hoo Chang Hook, berkata rumah tersebut yang terletak di taman perumahan Taman Kasih Putera, telah digempur sekitar pukul 11.00 pagi setelah mendapat maklumat daripada orang ramai berkaitan aktiviti tersebut.

“Dalam operasi tersebut, seramai tiga lelaki telah ditangkap ketika sedang memproses air ketum di ruang dapur rumah tersebut.

“Pihak polis telah menjumpai satu paket plastik berisi bahan disyaki dadah berbahaya jenis syabu dan peralatan menghisap dadah,” katanya yang ditemui semasa operasi tersebut, di sini baru-baru ini.

Menurut Supritenden Hoo, operasi yang bermula sekitar pukul 10.00 pagi dan berakhir 1.00 tengah hari itu telah berjaya menangkap kesemua suspek yang berumur antara 19 tahun hingga 34 tahun yang kesemuanya berasal dari Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan.

“Dalam operasi ini kami turut merampas 225 bungkus plastik lutsinar cecair air ketum, lapan bungkus plastik warna hitam berisi daun ketum, 144 botol ubat batuk dan beberapa peralatan bagi memproses air ketum.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke masa untuk memastikan kes seperti ini tidak akan berlaku lagi di dalam daerah Jempol dan dalam masa yang sama pihak polis akan sentiasa peka dan membuat pemantauan di seluruh daerah ini,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda