Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Petugas Barisan Hadapan Daerah Hulu Selangor Terima Suntikan Vaksin

By 16 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Syarinah Tengku Mustapa/Amir Rithauddin Roslan (Hulu Selangor)

BATANG KALI, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 396 petugas barisan hadapan bukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di daerah Hulu Selangor telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech bertempat di Dewan Datuk Abdul Hamid, di sini hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor, Dr. Siti Rohana Saad memaklumkan bahawa suntikan dos pertama bagi semua petugas barisan hadapan bukan KKM berlangsung selama dua hari, 16 dan 17 Mac secara berperingkat.

“Harapan kami agar semua petugas barisan hadapan yang telah tersenarai  dapat hadir untuk menerima suntikan dos pertama ini dengan jayanya”, katanya ketika ditemui di lokasi.”

Seramai 800 orang petugas barisan hadapan bukan KKM di daerah Hulu Selangor tersenarai sebagai penerima suntikan vaksin untuk dua hari ini. Program bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

Seorang petugas barisan hadapan sedang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada hari ini.

Seorang petugas barisan hadapan sedang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada hari ini.

Agensi yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Turut menerima suntikan beberapa petugas dari lain-lain agensi yang berisiko dalam melaksanakan tugasan dan penguat kuasaan di daerah.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Musa Ranli merupakan individu penerima vaksin dos pertama pada pagi ini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda