Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Muhyiddin Tunai Umrah

By 7 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di sini, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang memasuki Kaabah.

Isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menunaikan Umrah hari ini.

Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula semalam atas undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Perdana Menteri dan isteri selesai menunaikan Umrah pada pukul 10 malam, Sabtu (3.00 pagi Ahad waktu Malaysia).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda